ad
AGENSI

PWS sumbang wakaf RM50,000 bantu sekolah bina dataran berbumbung

25 Jan 2024, 6:50 AM
PWS sumbang wakaf RM50,000 bantu sekolah bina dataran berbumbung

SHAH ALAM, 25 JAN: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) hari ini menyumbangkan wakaf fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada Sekolah Rendah Agama Sungai Tangkas, Kajang.

Sumbangan diserahkan Pengurus Bahagian Korporatnya Muhammad Hafiz Bahari bagi membantu pihak sekolah membina dataran berbumbung untuk kemudahan warganya.

"Sesi penerangan wakaf tunai juga turut disampaikan Muhammad Hafiz, di samping merasmikan majlis apresiasi kecemerlangan (sekolah) tersebut," menurut perbadanan itu di Facebook.

PWS turut membuka kaunter wakaf di situ bagi memberi peluang kepada guru dan ibu bapa untuk melaksanakan amalan sunnah berwakaf melalui potongan gaji dan secara tunai terus.

Penubuhan PWS yang juga anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) diwartakan pada 11 Januari 2011 hasil buah fikiran Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Pada 2009, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya Mais menubuhkan perbadanan itu supaya pengurusan wakaf dapat diperkasa seperti zakat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.