ad
AGENDA

Sultan, Permaisuri mahu rakyat semai sifat kebersamaan, toleransi

25 Jan 2024, 2:14 AM
Sultan, Permaisuri mahu rakyat semai sifat kebersamaan, toleransi

SHAH ALAM, 25 JAN: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor mahu perayaan Thaipusam yang disambut hari ini memupuk semangat perpaduan rakyat berbilang agama dan bangsa.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bertitah dengan semangat berkenaan, ia dapat menyemai sifat kebersamaan antara satu sama lain.

Menurut Facebook Selangor Royal Office, baginda berdua juga mahu semua perayaan di negara ini disambut dengan rasa hormat, penuh toleransi dan harmoni.

“Sultan dan Permaisuri Selangor menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu, khususnya rakyat Selangor yang meraikannya.

“Baginda berharap sambutan Thaipusam yang akan tertumpu di Batu Caves, Selangor akan diraikan dalam suasana yang tertib dan meriah,” titahnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.