ad
AGENDA

Jaga kebajikan mahasiswa negeri, RM100,000 disumbang kepada persatuan di UMS

24 Jan 2024, 4:30 AM
Jaga kebajikan mahasiswa negeri, RM100,000 disumbang kepada persatuan di UMS
Jaga kebajikan mahasiswa negeri, RM100,000 disumbang kepada persatuan di UMS
Jaga kebajikan mahasiswa negeri, RM100,000 disumbang kepada persatuan di UMS

SHAH ALAM, 24 JAN: Kerajaan Negeri menyumbang sejumlah RM100,000 bagi menjaga kebajikan Persatuan Mahasiswa Selangor di Universiti Malaysia Sabah.

Dato’ Menteri Besar berkata pentadbirannya sentiasa mengutamakan kebajikan mahasiswa Selangor selain menekankan agenda pendidikan demi melahirkan generasi hebat.

“Saya mendoakan agar para mahasiswa ini akan pulang dengan kejayaan membanggakan keluarga dan negeri tercinta,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Terdahulu, beliau yang juga EXCO pendidikan menghadiri Program Jerayawara Kita Selangor dengan bertemu dengan hampir 200 pelajar Selangor di UMS.

Dalam pertemuan sempena lawatan kerja dan sesi pemukiman di Kota Kinabalu, Amirudin turut mendengar cadangan dan luahan pelajar selain membincangkan beberapa perkara.

[caption id="attachment_625159" align="aligncenter" width="698"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika berucap pada Program Jerayawara Kita Selangor di Universiti Malaysia Sabah pada 23 Januari 2024. Foto Facebook Amirudin Shari.[/caption]

 

[caption id="attachment_625161" align="aligncenter" width="698"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari swafoto bersama pelajar sempena Program Jerayawara Kita Selangor di Universiti Malaysia Sabah pada 23 Januari 2024. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.