AGENDA

Wanita terselamat kereta dihempap pokok ketika hujan lebat

23 Jan 2024, 2:30 PM
Wanita terselamat kereta dihempap pokok ketika hujan lebat

SHAH ALAM, 23 JAN: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila sebatang pokok di Batu Nilam 34, Bukit Tinggi di Klang menghempap kenderaannya dalam kejadian ketika hujan lebat petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata bagaimanapun, wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dari kereta itu sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

Terdahulu, pihaknya menggerakkan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang setelah mendapat panggilan daripada orang awam pada 4.49 petang.

“Setibanya di lokasi, sebatang pokok telah menghempap kira-kira empat kenderaan di sekitar kawasan itu termasuk kenderaan mangsa dan kerja-kerja mengalihkan pokok selesai pada 6.22 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.