ad
AGENSI

Peluang anak Selangor, pemastautin ikuti program Asasi Unisel percuma

23 Jan 2024, 10:00 AM
Peluang anak Selangor, pemastautin ikuti program Asasi Unisel percuma
Peluang anak Selangor, pemastautin ikuti program Asasi Unisel percuma

SHAH ALAM, 23 JAN: Universiti Selangor (Unisel) menawarkan yuran pengajian percuma bagi semua program Asasi pada pengambilan pelajar baharu April ini.

Unisel memaklumkan tawaran tersebut hanya diberikan kepada anak dan pemastautin menerusi inisiatif yang disediakan Kerajaan Negeri.

“Kelebihan program Asasi di Unisel adalah yuran pengajian percuma bernilai sehingga RM12,000 dan tempoh pengajian selamat satu tahun atau tiga semester.

“Pelajar juga akan menikmati suasana kampus yang selamat dan kondusif, kolej kediaman seperti apartment hanya RM200 sebulan serta program pengajian dengan akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),” katanya menerusi Facebook.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan etawaran.unisel.edu.my dan semakan program ditawar di www.unisel.edu.my/admission/programmes-offered/

Untuk maklumat lanjut hubungi 03-3280 5062 (kampus Unisel Bestari Jaya) dan 03-5522 3400 (kampus Unisel Shah Alam) atau layari laman sesawang www.unisel.edu.my.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kadar kebolehpasaran graduan Unisel terus meningkat apabila merekodkan 95.7 peratus pada 2022, lebih tinggi berbanding 90 peratus purata kebangsaan.

Pencapaian itu sekali gus meletakkan universiti itu di tangga ke-15 daripada keseluruhan 360 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.