ad
AGENDA

Lebih 2,000 orang kunjungi jualan termurah, khidmat demi rakyat

21 Jan 2024, 6:54 AM
Lebih 2,000 orang kunjungi jualan termurah, khidmat demi rakyat
Lebih 2,000 orang kunjungi jualan termurah, khidmat demi rakyat

KUALA LUMPUR, 21 JAN: Lebih 2,000 warga kota tidak melepaskan peluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat anjuran pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak hari ini.

Dianjurkan di pekarangan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, 13 tan barang basah dan kering dijual pada harga lebih murah berbanding pasaran antaranya ayam, ikan, telur, beras dan minyak masak.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata jualan itu dapat membantu penduduk khususnya golongan miskin bandar mendapatkan bekalan segar pada harga berpatutan.

[caption id="attachment_624706" align="aligncenter" width="688"] Isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) beramah mesra bersama pengunjung pada program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat anjuran Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak di Stadium Bola Kuala Lumpur pada 21 Januari 2024. Foto BERNAMA[/caption]

“Jualan ini ialah satu daripada usaha kita membantu meringankan kos sara hidup warga kota, kita akan cuba memperluas lagi jualan seperti ini supaya ramai dapat manfaat,” katanya ketika ditemui di sini.

Dalam pada itu, pekerja swasta Faizah Mohamad Yusop, 39, gembira kerana dapat membeli barangan keperluan pada harga murah.

“Kalau lihat harga yang ditawarkan jualan ini memang murah, sebagai contoh harga ikan hanya RM10 sekilogram. Harap jualan seperti ini dapat diadakan lebih kerap,” katanya.

Selain jualan barangan keperluan harian, program itu turut menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.