ad
AGENDA

PM hadir sambutan Ponggal, seru pupuk kasih sayang antara kaum

20 Jan 2024, 1:27 PM
PM hadir sambutan Ponggal, seru pupuk kasih sayang antara kaum

KLANG, 20 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sambutan pesta Ponggal peringkat kebangsaan 2024 di Padang Chetty di sini, malam ini.

Ketibaan beliau sekitar jam 8.15 disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang bersama ribuan pengunjung.

Dalam ucapannya, Anwar berkata sambutan perayaan oleh pelbagai lapisan masyarakat itu menunjukkan semangat kebudayaan dan kasih sayang antara satu sama lain.

“Ini juga bagaimana kita mendidik diri sendiri sama ada Dayak, Melayu, Cina mesti belajar dan hormat budaya India dan sebaliknya. Barulah Malaysia menjadi negara hebat di rantau ini,” ucapnya.

Terdahulu, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra, bersalam dan berswafoto dengan pengunjung serta menyampaikan bakul Rahmah kepada beberapa masyarakat India.

Hadir sama EXCO Belia Mohd Najwan Halimi, EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu, Speaker Dewan Negeri Selangor Lau Weng San dan beberapa wakil rakyat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.