ad
AGENDA

Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Jawatankuasa MKI

20 Jan 2024, 2:34 AM
Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Jawatankuasa MKI
Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Jawatankuasa MKI

SHAH ALAM, 20 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-71 pada 15 Februari depan.

Selangor Royal Office menerusi Facebook memaklumkan susulan mesyuarat akan datang Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj semalam berkenan menerima menghadap Jawatankuasa MKI di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Antara yang hadir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Setia Dr Naim Mokhtar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merangkap Setiausaha MKI, Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff.

Pertemuan itu bagi membincangkan kertas cadangan yang akan dikemukakan pada mesyuarat MKI akan datang.

[caption id="attachment_624517" align="aligncenter" width="721"]
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Jawatankuasa MKI antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Setia Dr Naim Mokhtar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merangkap Setiausaha MKI, Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 19 Januari 2024. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.