ad
AGENDA

Lima pekerja pasang panel solar cedera, bumbung bangunan runtuh

19 Jan 2024, 11:00 AM
Lima pekerja pasang panel solar cedera, bumbung bangunan runtuh

SEREMBAN, 19 JAN: Lima pekerja pemasangan panel solar cedera ringan selepas bumbung sebuah bangunan di Pusat Komersial Oakland di sini, runtuh tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Pegawai Bomba Kanan I Harzizi Hashim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian membabitkan lima lelaki warga tempatan itu pada 1.05 tengah hari.

"Kejadian itu melibatkan runtuhan bumbung bangunan berukuran 20x100 kaki persegi (1.8x9.2 meter persegi) di bahagian premis yang dalam proses pemasangan sistem solar.

"Semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan bomba melakukan pemantauan bagi memastikan kawasan tersebut selamat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.