ad
AGENDA

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang, Johor, Sarawak hingga lusa

19 Jan 2024, 7:30 AM
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang, Johor, Sarawak hingga lusa

KUALA LUMPUR, 19 JAN: Beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sarawak dijangka mengalami hujan berterusan hingga esok dan lusa.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak khususnya Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu sehingga Ahad ini,” katanya.

Maklumat mengenai cuaca terkini boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih myCuaca atau dengan melayari laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.