ad
AGENDA

Ramalan hujan berterusan di Pahang, Johor esok hingga 20 Januari

16 Jan 2024, 8:27 AM
Ramalan hujan berterusan di Pahang, Johor esok hingga 20 Januari

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka mengalami hujan berterusan bermula esok hingga 20 Jan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Cuaca sama turut diramalkan berlaku hari ini hingga esok di Sabah melibatkan beberapa kawasan di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Maklumat mengenai cuaca terkini boleh didapati melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.