ad
AGENDA

Polis tunggu laporan patologi sebelum ambil tindakan terhadap empat anggotanya

16 Jan 2024, 8:08 AM
Polis tunggu laporan patologi sebelum ambil tindakan terhadap empat anggotanya
Polis tunggu laporan patologi sebelum ambil tindakan terhadap empat anggotanya

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Polis menunggu laporan patologi sebelum meneruskan pendakwaan terhadap empat anggotanya yang ditahan selepas disyaki terlibat kegiatan memproses dan mengedar ketum pada 4 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata laporan patologi itu mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu.

“Kita tunggu laporan patologi untuk tentukan sama ada boleh teruskan untuk proses pendakwaan. Dari segi tatatertib, kita sudah ambil tindakan sebelum ini iaitu tahan kerja empat anggota terbabit,” katanya.

[caption id="attachment_623919" align="alignleft" width="500"] Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berucap pada Program Back to School bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Kuala Lumpur pada 16 Januari 2024. Foto BERNAMA[/caption]

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ‘Back to School’ di Sekolah Kebangsaan Lelaki Batu di Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tujuh individu termasuk enam anggota polis ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan memproses dan mengedar air ketum di sebuah rumah di Brickfields.

Bagaimanapun, dua daripada enam anggota terbabit dibebaskan dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.