ad
PBT

MBSA tawar mata ganjaran kepada pelanggan berurusan di SAOW Sabtu ini

11 Jan 2024, 1:26 PM
MBSA tawar mata ganjaran kepada pelanggan berurusan di SAOW Sabtu ini

SHAH ALAM, 11 JAN: Perkhidmatan kaunter bergerak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan beroperasi di pekarangan tempat letak kereta Lotus’s Setia Alam, Seksyen U13 di sini Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Korporat dan Perhubungan Awamnya Mohd Azhar Mohd Sharif berkata perkhidmatan Shah Alam On Wheels (SAOW) itu bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

"MBSA juga memberikan mata ganjaran sebanyak 50 mata ganjaran bagi pengunjung yang membuat urusan di SAOW pada hari tersebut.

"Sebanyak 50 mata ganjaran juga akan diberikan secara automatik ke dalam akaun MyMBSA selepas membuat pendaftaran.

"Pelbagai hadiah menarik boleh di tebus melalui program Shah Alam E-Loyalty," katanya dalam kenyataan.

Pejabat bergerak merupakan platform disediakan MBSA untuk memudahkan pelanggan berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

Antara kemudahan disediakan ialah perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta serta kaunter aduan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.