ad
AGENDA

Harga RON97, RON95, diesel kekal hingga 17 Januari

10 Jan 2024, 9:30 AM
Harga RON97, RON95, diesel kekal hingga 17 Januari

KUALA LUMPUR, 10 JAN: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 Jan hingga 17 Jan 2024.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan kementerian itu, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.