ad
AGENSI

Bufet Ramadan: Jais galak pengusaha makanan dapatkan sijil halal

10 Jan 2024, 3:53 AM
Bufet Ramadan: Jais galak pengusaha makanan dapatkan sijil halal
Bufet Ramadan: Jais galak pengusaha makanan dapatkan sijil halal

SHAH ALAM, 10 JAN: Pengusaha hotel, restoran dan kedai makan yang berhasrat menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan digalakkan memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Facebook, permohonan SPHM boleh dibuat di laman sesawang https://shorturl.at/cCFJ5

"Mengikut Akta Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 pengusaha yang mengiklan makanan halal tanpa memiliki SPHM boleh dikenakan denda sehingga RM200,000 "katanya.

Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Pengurusan Halal Jais di talian 03-55143760/3486 atau emel ke [email protected].

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.