ad
ADN

Wakil rakyat Meru giat laksana program ziarah, bantu daftar insentif negeri

9 Jan 2024, 8:22 AM
Wakil rakyat Meru giat laksana program ziarah, bantu daftar insentif negeri

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 9 JAN: Wakil rakyat Meru giat mengumpul maklumat golongan kurang berkemampuan di kawasan tersebut sebelum melakukan lawatan secara berperingkat bagi menghulurkan bantuan.

Mariam Abdul Rashid berkata selain menyampaikan sumbangan, pihaknya turut menyemak kelayakan untuk menerima bantuan negeri, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Kita akan menziarahi sekurang-kurangnya lima keluarga seminggu setiap Jumaat. Kita hulur bantuan wang tunai, bakul makanan rahmah dan juga keperluan lain seperti kerusi roda.

“Selepas itu kita semak nama mereka sama ada layak menerima bantuan negeri, LZS atau JKM. Jika layak kita akan bantu daftarkan," katanya kepada Selangorkini.

Beliau turut menyeru penduduk DUN Meru supaya menyampaikan maklumat kepada pusat khidmat masyarakat jika terdapat keluarga yang memerlukan bantuan.

"Segera menyampaikan maklumat mengenai orang susah, sakit atau memerlukan bantuan kepada pusat khidmat. Insya-Allah kita akan cuba bantu atau ringankan beban mereka,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.