ad
AGENDA

Arab Saudi tetapkan kuota jemaah haji Malaysia 31,600 orang tahun ini

8 Jan 2024, 9:30 AM
Arab Saudi tetapkan kuota jemaah haji Malaysia 31,600 orang tahun ini
Arab Saudi tetapkan kuota jemaah haji Malaysia 31,600 orang tahun ini

PUTRAJAYA, 8 JAN:  Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah semasa pertemuan sempena majlis menandatangani Memorandum Aturan Urusan Haji 1445H/2024 di Jeddah, Arab Saudi.

Kuota haji pada tahun lepas adalah seramai 31,600 jemaah haji.

[caption id="attachment_567428" align="aligncenter" width="712"] Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyampaikan ucapan pada majlis perhimpunan bulanan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 31 Januari 2023. Foto BERNAMA[/caption]

“Dalam pertemuan tersebut antara perbincangan adalah kandungan memorandum berkaitan aturan pengurusan jemaah haji meliputi urusan penerbangan, penginapan serta penyediaan makan minum jemaah haji sepanjang urusan menunaikan ibadat haji di Tanah Suci,” kata Mohd Na’im dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Na’im berkata turut dibincangkan ialah berkaitan urusan di Masyair termasuk pengangkutan bagi jemaah haji dan para petugas haji.

“Pada masa sama diperbincangkan juga persediaan pengurusan aspek kesihatan jemaah haji,” katanya.

Mohd Na’im kini berada di Jeddah, Arab Saudi bagi menyertai Persidangan Haji dan Umrah 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.