ad
AGENDA

Amaran hujan sangat lebat berterusan, tahap bahaya di Rompin hingga esok

7 Jan 2024, 10:00 AM
Amaran hujan sangat lebat berterusan, tahap bahaya di Rompin hingga esok

SHAH ALAM, 7 JAN: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya berlaku di Rompin, Pahang bermula hari ini hingga esok.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk diramalkan berlaku hingga Isnin melibatkan Pekan, Pahang dan beberapa kawasan di Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

Hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Pahang melibatkan Maran, Kuantan dan Bera serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

-- BERNAMA

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.