ad
AGENDA

Ikan cencaru tiga ekor RM1 antara tumpuan jualan murah di Kerinchi hari ini

6 Jan 2024, 1:13 AM
Ikan cencaru tiga ekor RM1 antara tumpuan jualan murah di Kerinchi hari ini
Ikan cencaru tiga ekor RM1 antara tumpuan jualan murah di Kerinchi hari ini

KUALA LUMPUR, 6 JAN: Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan terutama barang basah sempena program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat hari ini.

Seawal 7.30 pagi, orang ramai sudah mula beratur di kawasan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, iaitu lokasi berlangsungnya program anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dijangka hadir merasmikan program berkenaan.

[caption id="attachment_622214" align="aligncenter" width="792"]
Orang ramai beratur sejak 7.30 pagi untuk membeli pelbagai barangan basah pada harga murah dalam program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat di PPR Kerinchi pada 6 Januari 2024. Foto Facebook BERNAMA[/caption]

Dalam program itu, orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan seperti beras lima kilogram (5kg) yang dijual pada harga RM16.50, ikan siakap RM7 seekor, tiga ekor ikan cencaru yang dijual dengan harga RM1 dan ayam segar RM8.50 sekilogram.

Selain itu, buah-buahan juga boleh didapati pada program berkenaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.