ad
AGENDA

PDRM lancar Op Bantu selaras bantuan mangsa banjir di PPS

6 Jan 2024, 12:31 AM
PDRM lancar Op Bantu selaras bantuan mangsa banjir di PPS
PDRM lancar Op Bantu selaras bantuan mangsa banjir di PPS

KUALA LUMPUR, 6 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan ‘Op Bantu’ bagi menyelaras penyampaian bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan dan organisasi lain kepada mangsa banjir terutama yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata bagi tujuan itu, cawangan gerakan JKDNKA dipertanggungjawab bagi mengkoordinasikan operasi itu.

“PDRM sentiasa bersedia menggerakkan kekuatan operasi bagi menghadapi bencana banjir selain bekerjasama dengan agensi keselamatan lain untuk memastikan setiap misi bantuan dan menyelamatkan mangsa dapat dilaksanakan dengan pantas,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

[caption id="attachment_548060" align="alignleft" width="500"] Datuk Seri Hazani Ghazali. Foto BERNAMA[/caption]

Beliau berkata secara keseluruhan, terdapat lima agensi termasuk PDRM ditugaskan dalam mendepani monsun timur laut dengan jumlah kekuatan 61,839 anggota.

Hazani berkata Pusat Kawalan Malaysia, Bukit Aman akan menjadi tempat pengumpulan maklumat sebelum disalur kepada ibu pejabat polis daerah berkaitan selain mengerahkan tenaga manusia dan logistik yang sesuai mengikut situasi.

Beliau turut menasihati orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko banjir agar memberi kerjasama serta patuh kepada arahan pihak berkuasa sekiranya diminta untuk berpindah demi keselamatan dan mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.