ad
AGENSI

HIJRAH sedia pelan bantu usahawan susun jadual bayar balik pembiayaan

2 Jan 2024, 12:00 AM
HIJRAH sedia pelan bantu usahawan susun jadual bayar balik pembiayaan
HIJRAH sedia pelan bantu usahawan susun jadual bayar balik pembiayaan

SHAH ALAM, 2 JAN: Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH) menawarkan pelan pemulihan pembiayaan kepada peminjam yang berdepan masalah kewangan.

Agensi itu memaklumkan, pelan berkenaan dirangka khusus bagi membantu usahawan menyusun semula jadual pembayaran balik pembiayaan.

“Kami bersedia membantu anda dengan tawaran pelan pemulihan pembiayaan bagi menyusun semula jadual pembayaran balik anda.

“Hubungi pegawai kutipan di 18 Cawangan HIJRAH Selangor untuk maklumat lanjut,” tulisnya di Facebook.

Sementara itu, HIJRAH amat menghargai komitmen usahawan yang tidak culas membuat bayaran balik ansuran pembiayaan.

“Bayaran balik ansuran pembiayaan anda amat membantu usahawan lain dalam mendapatkan modal pusingan perniagaan mereka,” katanya.

Sebanyak 78 peratus daripada 87,090 usahawan HIJRAH konsisten membayar balik pinjaman pelbagai skim ditawarkan agensi itu mengikut jadual.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.