ad
AGENDA

Tsunami setinggi 0.4 meter dicatat berhampiran loji kuasa nuklear terbesar dunia

1 Jan 2024, 12:00 PM
Tsunami setinggi 0.4 meter dicatat berhampiran loji kuasa nuklear terbesar dunia

TOKYO, 1 JAN: Tsunami setinggi 0.4 meter dicatatkan berhampiran loji kuasa nuklear (NPP) Kashiwazaki-Kariwa di wilayah Niigata, Jepun, kata Tokyo Electric Power Company (TEPCO) pada Isnin.

Jawatankuasa Keselamatan wilayah Fukui berkata tiada insiden kecemasan direkodkan di kemudahan nuklear terbesar di dunia itu, lapor Sputnik.

Ancaman tsunami telah dikeluarkan untuk seluruh pantai barat Jepun dari pulau utara Hokkaido ke pulau selatan Kyushu manakala ancaman tsunami besar diisytiharkan di wilayah Ishikawa selepas beberapa gempa bumi.

Sembilan gempa bumi dengan magnitud antara 4.3 hingga 7.6 berlaku dari 4.06 waktu tempatan (07:06 GMT) dengan menggegarkan kawasan di wilayah Ishikawa dan Niigata.

- BERNAMA-SPUTNIK

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.