ad
AGENSI

Produk jenama Ehsan keluaran PKPS makin dikenali, jadi pilihan pengguna

31 Dis 2023, 6:04 AM
Produk jenama Ehsan keluaran PKPS makin dikenali, jadi pilihan pengguna
Produk jenama Ehsan keluaran PKPS makin dikenali, jadi pilihan pengguna
Produk jenama Ehsan keluaran PKPS makin dikenali, jadi pilihan pengguna
Produk jenama Ehsan keluaran PKPS makin dikenali, jadi pilihan pengguna
Produk jenama Ehsan keluaran PKPS makin dikenali, jadi pilihan pengguna
Produk jenama Ehsan keluaran PKPS makin dikenali, jadi pilihan pengguna
Produk jenama Ehsan keluaran PKPS makin dikenali, jadi pilihan pengguna

SEPANG, 31 DIS: Barangan kering jenama Ehsan keluaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menjadi pilihan pengguna sepanjang program Jualan Ehsan Rahmah (JER).

Pekerja Am PKPS Muhammad Syahmi Asymawi berkata barangan seperti tepung gandum, bihun, sos tomato, sos tiram, kaya pandan, kaya madu, sardin dan cili giling semakin dikenali dan mendapat sambutan ramai.

“Boleh dikatakan setiap kali program JER orang ramai bertanya mengenai produk kering keluaran Ehsan terutam sardin dalam tin kerana mereka puas hati dengan kualitinya.

[caption id="attachment_621208" align="alignleft" width="449"] Pekerja am PKPS, Muhammad Syahmi Asymawi. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Ini membuktikan platform JER berhasil mempromosi produk kering keluaran Ehsan PKPS sekali gus memanfaatkan rakyat yang memerlukan,” katanya ditemui pada program JER peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang di sini hari ini.

Muhammad Syahmi turut menjelaskan bagi memastikan subsidi disediakan Kerajaan Negeri sampai kepada rakyat, PKPS memastikan setiap pelanggan mempamerkan kad pengenalan masing-masing sebelum pembelian.

“Ini untuk pastikan hanya warga tempatan saja mendapat manfaat ini dan mengelak pembelian oleh warga asing kerana kita mahu manfaat disediakan Kerajaan Negeri sampai kepada rakyat.

[caption id="attachment_621209" align="aligncenter" width="734"] Petugas membuat persiapan pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Dengkil di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Sepang pada 31 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Di sini kita sediakan 500 ekor ayam, beras lima kg (300 kampit), telur (300 papan), minyak masak lima kg (72 botol), ikan (200 pek) dan daging pejal 1kg (200 pek),” katanya sambil menyatakan ratusan pengunjung hadir membeli pelbagai produk yang dijual murah dalam program hari ini.

JER yang dahulunya dikenali sebagai Jelajah Ehsan Rakyat menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

[caption id="attachment_621210" align="aligncenter" width="746"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Dengkil di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Sepang pada 31 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Pada 22 September, EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih pada setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

[caption id="attachment_621211" align="aligncenter" width="766"] Orang ramai memilih barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Dengkil di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Sepang pada 31 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

[caption id="attachment_621212" align="aligncenter" width="744"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Dengkil di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Sepang pada 31 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_621213" align="aligncenter" width="755"] Petugas membuat persiapan pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Dengkil di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Sepang pada 31 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.