ad
PBT

Pejabat bergerak MBSA di program Darul Ehsan Berselawat esok

30 Dis 2023, 12:36 PM
Pejabat bergerak MBSA di program Darul Ehsan Berselawat esok
Pejabat bergerak MBSA di program Darul Ehsan Berselawat esok

SHAH ALAM, 30 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan pejabat bergerak di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam, esok, bermula jam 1 petang.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan, perkhidmatan Shah Alam On Wheels (SAOW) diadakan pada program Darul Ehsan Berselawat 3.0 sempena sambutan ambang tahun baharu.

"MBSA turut tidak melepaskan peluang membuka pejabat bergerak SAOW bagi menyampaikan maklumat serta perkhidmatan yang disediakan.

"Pelbagai pameran dan aktiviti menarik disediakan sepanjang program tersebut. Orang ramai dijemput hadir," maklum MBSA.

SAOW menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja, jualan buku pelan setara dan sebagainya.

SAOW adalah platform yang disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.