ad
AGENSI

Yide pelawa infak bina asrama anak yatim di Pulau Indah

29 Dis 2023, 6:00 AM
Yide pelawa infak bina asrama anak yatim di Pulau Indah
Yide pelawa infak bina asrama anak yatim di Pulau Indah

SHAH ALAM, 29 DIS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mempelawa orang ramai memberi sumbangan (infak) bagi pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah di Klang.

Agensi itu memaklumkan asrama yang bakal menempatkan 150 anak yatim kini sedang dibina mengikut jadual perancangan dan dijangka siap pada akhir Januari 2026.

“Setakat hari ini, pembinaan struktur 'wash through' sedang giat dijalankan manakala pemasangan cerucuk untuk dewan serbaguna telah pun siap dinaikkan.

“Yide ingin merakamkan penghargaan kepada penyumbang atas kebersamaan bagi memastikan inisiatif ini terus terlaksana namun dana untuk menyiapkannya masih diperlukan,” katanya di Facebook.

Sumbangan boleh dibuat menerusi pautan berikut https://yide.com.my/infaq-kompleks-anak-yatim/ atau https://yide.com.my/donat.../infaq-dana-kompleks-anak-yatim/

Ia juga boleh dilakukan melalui aplikasi infaq Yide yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple Store https://pay.infaqyide.com.my/institusi/KOMPLEKS-ASRAMA-ANAK-YATIM-PULAU-INDAH

“Setiap sumbangan anda layak mendapat tolakan cukai terhad kepada 10 peratus dibawah subseksyen 44 (6) akta cukai pendapatan 1967 melalui resit rasmi Yide,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.