ad
AGENDA

Bah negeri Pantai Timur makin surut, elak main air bertakung

28 Dis 2023, 7:53 AM
Bah negeri Pantai Timur makin surut, elak main air bertakung
Bah negeri Pantai Timur makin surut, elak main air bertakung

SUBANG JAYA, 28 DIS: Situasi banjir negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang kini kian surut.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata ia berdasarkan maklumat baharu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Saya baru terima maklumat daripada JBPM yang mana menyatakan bahawa banjir di ketiga-tiga negeri di Pantai Timur sedang menunjukkan trend menurun.

"Berdasarkan maklumat tersebut, Kelantan mempunyai bilangan mangsa tertinggi iaitu 15,897 orang di 66 pusat pemindahan sementara.

"Manakala, kedua adalah Terengganu dengan jumlah mangsa 8,300 diikuti Pahang kira-kira 800 orang," kata Nga Kor Ming.

Terdahulu, beliau mengadakan siri lawatan terakhir program Sentuhan Kasih KPKT di Pasar Bazar Rakyat, Seri Kembangan di sini.

[caption id="attachment_620900" align="alignnone" width="903"] Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming meninjau sekitar Pasar Bazar Rakyat Jalan SK6/1, Seri Kembangan, Subang Jaya pada 28 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Kor Ming turut menasihatkan ibu bapa sentiasa berwaspada ketika musim banjir dan elakkan anak daripada bermain air takungan.

"Kementerian tegaskan dan nasihatkan kepada semua ibu bapa bahawa jangan lupa air yang bertakung ini (air banjir) ada kuman berbahaya.

"Jangan biarkan anak-anak bermain dalam air berkenaan kerana ia berisiko kepada kesihatan dan keselamatan mereka," katanya.

Tambahnya, JBPM termasuk Pasukan Gerak Cepat Monsun Timur Laut siap sedia digerakkan sebagai langkah pencegahan bagi mengelak insiden kehilangan nyawa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.