ad
AGENDA

Polis: Siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan tidak akan ditutup

28 Dis 2023, 2:08 AM
Polis: Siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan tidak akan ditutup
Polis: Siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan tidak akan ditutup

SHAH ALAM, 28 DIS: Siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak akan ditutup meskipun tiada petunjuk atau bukti baharu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan masih diteruskan bagi mengesan lokasi kejadian jenayah pertama iaitu tempat kanak-kanak itu dibunuh.

“Tidak akan tutup dan siasatan diteruskan,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia hari ini.

Hari ini genap 21 hari siasatan pencarian bukti pembunuhan Zayn Rayyan yang ditemui mati berdekatan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

[caption id="attachment_617725" align="aligncenter" width="703"] Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid (kiri) meninjau lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mattin berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 8 Disember 2023. Foto BERNAMA[/caption]

Pada 23 Disember lalu, polis memohon bantuan daripada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang 5 Disember lalu, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.