ad
AGENSI

HIJRAH tawar pelbagai skim pembiayaan, bantu usahawan kembang niaga

28 Dis 2023, 1:30 AM
HIJRAH tawar pelbagai skim pembiayaan, bantu usahawan kembang niaga
HIJRAH tawar pelbagai skim pembiayaan, bantu usahawan kembang niaga
HIJRAH tawar pelbagai skim pembiayaan, bantu usahawan kembang niaga

SHAH ALAM 28 DIS: Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH) menawarkan pelbagai skim pembiayaan bagi membantu usahawan untuk memula dan mengembangkan lagi perniagaan.

Antara pembiayaan yang ditawarkan termasuklah skim i-BisnesZero To HeroNiaga Darul Ehsan (NADI), Go Digital, i-Bermusim dan Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM).

Menurut agensi itu fi Facebook, pemohon boleh memuat turun maklumat pembiayaan menerusi  https://www.hijrahselangor.com/risalah-skim-hijrah…/ atau pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/.

Pemohon juga boleh menghubungi cawangan HIJRAH berhampiran untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan pembiayaan.

[caption id="attachment_607450" align="aligncenter" width="736"] Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Selangor Normaiza Yahya bergambar bersama usahawan pada majlis penutup program pemantapan perniagaan dalam era digitalisasi anjuran Hijrah di Hotel Summit, Subang Jaya pada 12 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Sejak 2010, HIJRAH sudah menyalurkan RM775 juta modal tambahan yang memberi manfaat kepada 58,000 usahawan kecil dan sederhana memulakan serta meluaskan perniagaan.

Selain itu, HIJRAH juga menganjurkan pelbagai program secara percuma seperti kelas strategi TikTok untuk meningkatkan perniagaan secara digital.

Turut diadakan kursus pemasaran bagi memastikan peniaga serta produk yang ditawarkan kepada pelanggan kekal berdaya saing di dalam dan luar negara.

[caption id="attachment_606232" align="aligncenter" width="753"] EXCO Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif Najwan Halimi beramah mesra bersama peserta pada majlis penutup Kursus Strategi Super Tik Tok 2023 Hijrah Selangor di Hotel Crystal Crown Harbour View, Pelabuhan Klang pada 5 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.