ad
AGENDA

Bom tinggalan Perang Dunia II sebesar tong gas dijumpai di Gemas

27 Dis 2023, 12:58 PM
Bom tinggalan Perang Dunia II sebesar tong gas dijumpai di Gemas

TAMPIN, 27 DIS: Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan sebutir objek menyerupai bom lama di ladang Jelai, Gemas petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin DSP Amiruddien Sariman berkata bertindak atas maklumat itu, anggota Balai Polis Gemas bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati objek berkenaan merupakan bom sebesar saiz sebuah tong gas, dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua.

"Anggota bertugas segera memasang tali garisan polis bagi memaklumkan lokasi terbabit sebagai kawasan larangan dan bahaya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan IPD Tampin melaksanakan proses pemusnahan bom itu hari ini.

"Teknik pemusnahan bom secara low order menggunakan vulcan shape charge yang menyebabkan bom akan meletup sehingga menjadi serpihan," katanya.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.