ad
AGENDA

Budak dua tahun ditemukan lemas selepas jatuh di muara sungai

26 Dis 2023, 4:41 AM
Budak dua tahun ditemukan lemas selepas jatuh di muara sungai

TAWAU, 26 DIS: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Kampung Kurnia Jaya di sini petang semalam, ditemukan lemas pada 6.45 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata mayat Adwa Iman Muhammad Iswan itu ditemukan orang awam kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis di lokasi dan kes diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut, operasi ditamatkan pada 7.40 pagi," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Semalam, dilaporkan seorang kanak-kanak lelaki tergelincir ke dalam muara sungai itu selepas bermain di belakang rumahnya kira-kira 5.30 petang.

Kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna putih terjatuh ke dalam muara berkenaan kemudian dibawa arus sungai.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.