ad
AGENDA

Suami maut, isteri parah dipijak gajah ketika jaga kebun

26 Dis 2023, 4:19 AM
Suami maut, isteri parah dipijak gajah ketika jaga kebun

SHAH ALAM, 26 DIS: Seorang warga emas maut, manakala isterinya parah akibat diserang sekumpulan gajah dalam kejadian di Kampung Perpaduan dekat Skim Begahak, Lahad Datu, malam kelmarin.

Dalam kejadian sekitar 10 malam, mangsa Lopis Jubin, 90, mati di lokasi, sementara isterinya Dalama Hamid, 61, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Lahad Datu, lapor Berita Harian.

Menurut portal berkenaan, Lopis meninggal dunia akibat kecederaan parah di dada, mata dan tangan, manakala isterinya patah pinggang, cedera di paha kiri dan lebam di kedua-dua tangan.

Ketika kejadian, pasangan suami isteri itu berada dalam sebuah pondok untuk menjaga kebun ubi mereka sebelum cuba melarikan diri akibat didatangi sekumpulan 12 ekor gajah.

Bagaimanapun, seekor daripada gajah berkenaan dikatakan mengejar dan menyerang pasangan suami isteri itu termasuk menendang dan memijak kedua-dua mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke bahagian forensik Hospital Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.