ad
AGENDA

Aliran trafik tinggi di lebuh raya utama petang ini

25 Dis 2023, 10:42 AM
Aliran trafik tinggi di lebuh raya utama petang ini

KUALA LUMPUR, 25 DIS: Aliran trafik tinggi di lebuh raya utama setakat 5 petang ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan orang ramai memanfaatkan cuti panjang sempena Krismas dan cuti sekolah untuk berjalan-jalan bersama keluarga dan pulang ke kampung.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata aliran trafik tinggi dan perlahan dikesan di arah utara dari R&R Ayer Keroh ke Hentian Pedas/Linggi.

Selain itu, aliran trafik juga perlahan arah selatan dari Sedenak ke Kulai dan dari Bukit Merah ke R&R Gunung Semanggol kerana peningkatan jumlah kenderaan.

Sementara itu, trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) juga dilaporkan perlahan sepanjang enam kilometer menghala timur dari Gombak ke Genting Sempah.

Kemas kini Plus menerusi laman X rasminya pula memaklumkan terdapat kemalangan di KM21.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah utara dari Bandar Gamuda Cove ke Putrajaya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.