ad
AGENDA

Bola sepak bawah 23 tahun, Harimau Muda menang lawan China

23 Dis 2023, 11:30 AM
Bola sepak bawah 23 tahun, Harimau Muda menang lawan China

KUALA LUMPUR, 23 DIS: Pemain pertahanan Harith Haiqal Adam Afkar muncul wira buat skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara selepas menjaringkan gol tunggal sekali gus melakar kemenangan 1-0 ke atas B-23 China pada aksi persahabatan pertama di Stadium Jinshan di Shanghai, China hari ini.

Pada aksi yang dimainkan tanpa kehadiran penonton itu, Harith Haiqal yang juga merupakan pemain Selangor FC mencetak nama selaku penjaring pada masa kecederaan (90’+5’).

Skuad negara akan bertemu sekali lagi dengan pasukan tuan rumah itu pada perlawanan persahabatan kedua, Selasa depan.

Dua perlawanan persahabatan tersebut adalah sebagai persiapan ketua jurulatih pasukan itu, Juan Torres Garrido bagi mengharungi saingan Piala Asia B-23 di Doha, Qatar bermula April tahun depan.

Harimau Muda diundi dalam Kumpulan D Piala Asia dan akan membuka saingan bertemu Uzbekistan pada 17 April, Vietnam (20 April) sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Kuwait (23 April).

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.