ad
AGENDA

Polis tembak mati tiga penjenayah di Selayang

23 Dis 2023, 2:48 AM
Polis tembak mati tiga penjenayah di Selayang

KUALA LUMPUR, 23 DIS: Polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai warga asing di Selayang awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira 1 pagi.

Beliau berkata satu sidang media berhubung kes berkenaan akan diadakan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 2 petang ini.

“Memandangkan Ketua Polis Selangor akan mengadakan sidang media petang ini, jadi segala maklumat lanjut berkaitan kejadian terbabit akan diberikan oleh beliau,” katanya ringkas.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.