ad
AGENDA

Harga petrol, diesel kekal hingga 27 Disember

20 Dis 2023, 10:58 AM
Harga petrol, diesel kekal hingga 27 Disember

KUALA LUMPUR, 20 DIS: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Dis.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan masih mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.