ad
AGENDA

Menteri syor manfaat dana RM1 bilion bangunkan kebun komuniti

18 Dis 2023, 7:47 AM
Menteri syor manfaat dana RM1 bilion bangunkan kebun komuniti

AMPANG JAYA, 18 DIS: Orang ramai disaran memanfaatkan tawaran pembiayaan oleh kerajaan bagi membangunkan kebun komuniti di seluruh negara, kata menteri pertanian dan keterjaminan makanan.

Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan sebanyak RM1 bilion diperuntuk Jabatan Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2024 bagi memastikan program tersebut lancar di setiap kawasan.

“Jumlah dana bergantung kepada permohonan di kawasan Parlimen. Kalau Parlimen lain tidak mohon seperti Bukit Bintang kerana tiada kawasan lapang, jumlah akan dianjakkan ke kawasan lain.

“Orang ramai perlu ambil manfaat memohon dana ini untuk membangunkan kawasan terbiar di pinggir bandar bagi menjana pendapatan,” katanya selepas melawat Kebun komuniti AU2 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad turut memuji pelaksanaan projek kebun komuniti di Rumah Pangsa AU2, Taman Keramat yang menghasilkan pelbagai tanaman makanan untuk kegunaan orang ramai.

“Saya berharap projek ini dijadikan contoh kepada pelaksanaan projek kebun komuniti seluruh negara yang bukan sahaja membantu menjana ekonomi, malah mengurangkan tekanan kos sara hidup,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.