ad
AGENDA

Tengku Permaisuri berkenan rasmi Debat Diraja, beri hadiah pemenang

18 Dis 2023, 6:20 AM
Tengku Permaisuri berkenan rasmi Debat Diraja, beri hadiah pemenang
Tengku Permaisuri berkenan rasmi Debat Diraja, beri hadiah pemenang
Tengku Permaisuri berkenan rasmi Debat Diraja, beri hadiah pemenang
Tengku Permaisuri berkenan rasmi Debat Diraja, beri hadiah pemenang

SHAH ALAM, 18 DIS: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor berkenan merasmikan Pertandingan Akhir Debat Diraja antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2023 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknolgi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Tengku Permaisuri Hajah Norashikin diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Baginda turut berkenan menonton pertandingan debat antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan tajuk ‘Usul: Dewan ini akan Memberi Keutamaan Kepada Pembinaan Kerja Tenaga Manusia berbanding Pembangunan Kecerdasan Buatan.’

[caption id="attachment_619395" align="aligncenter" width="701"] Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan hadir ke Pertandingan Akhir Debat Diraja antara Institut Pengajian Tinggi 2023 di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara, Shah Alam pada 18 Disember 2023. Hadir sama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Pertandingan Debat Diraja edisi ke-24 itu menyaksikan UKM dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Bahasa Melayu dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan beserta trofi.

Sementara itu, kumpulan pendebat UiTM dipilih pemenang bagi kategori Bahasa Inggeris, manakala Universiti Malaya (UM) memenangi kategori Bahasa Arab. Mereka turut membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.

Tengku Permaisuri yang juga Canselor UiTM berkenan menyampaikan hadiah kemenangan diiringi Amirudin, Zambry dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibudin.

Sebanyak 85 pasukan bertanding dalam tiga kategori iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Ia membabitkan penyertaan daripada 19 universiti awam dan empat pusat pengajian tinggi swasta.

[caption id="attachment_619396" align="aligncenter" width="700"] Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin (tengah) berkenan bergambar bersama pemenang Pertandingan Akhir Debat Diraja antara Institut Pengajian Tinggi 2023 di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara, Shah Alam pada 18 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

[caption id="attachment_619398" align="aligncenter" width="700"] Pasukan kerajaan dari Universiti Islam Malaysia (kiri) berdebat dengan pembangkang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (kanan) ketika Pertandingan Akhir Debat Diraja antara Intitut Pengajian Tinggi 2023 di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara, Shah Alam pada 18 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.