ad
BERITA UTAMA

MPAJ anjur mini karnival perbaharui lesen, sedia pelbagai aktiviti

17 Dis 2023, 6:00 AM
MPAJ anjur mini karnival perbaharui lesen, sedia pelbagai aktiviti
MPAJ anjur mini karnival perbaharui lesen, sedia pelbagai aktiviti

SHAH ALAM, 18 DIS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan mini karnival pembaharuan lesen perniagaan mulai 19 sehingga 21 Disember ini dengan pelbagai aktiviti keusahawanan disediakan.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi kenyataan memaklumkan karnival tiga hari itu diadakan dari jam 8 pagi hingga 5 petang di Galeri Aras 4, Menara MPAJ.

“Sempena karnival itu juga terdapat pelbagai pameran daripada agensi usahawan antaranya Inisiatif Platform Selangor (PLATS), Skim Hijrah Selangor, Digital Niaga, SME Corp dan Unifi Business selain jualan produk tempatan termasuk makanan dan minuman.

“Taklimat berkaitan perniagaan secara dalam talian, insentif ke arah digitalisasi perniagaan usahawan mikro serta taklimat kebersihan premis turut disediakan secara percuma selain kupon makanan percuma menanti peserta,” katanya.

Mengulas lanjut katanya sehingga 14 Disember sebanyak 4,204 premis telah memperbaharui lesen perniagaan manakala 3,880 lesen usahawan mikro diperbaharui.

Menurut MPAJ kaunter pembaharuan lesen perniagaan MPAJ bagi 2024 dibuka di Galeri Aras 4, Menara MPAJ bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini manakala bermula November kaunter dibuka di Aras 1, Melawati Mall sehingga akhir bulan ini yang beroperasi pada 10 pagi hingga 5 petang.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.