ad
AGENSI

Lencongan trafik sementara untuk laluan motosikal di LSA mulai hari ini

14 Dis 2023, 11:30 AM
Lencongan trafik sementara untuk laluan motosikal di LSA mulai hari ini

SHAH ALAM, 14 DIS: Lencongan trafik sementara bagi laluan motosikal ke laluan kecemasan utama di Lebuhraya Shah Alam (LSA) akan dilaksanakan secara berperingkat di kedua-dua arah bermula hari ini hingga 15 Januari 2024.

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dalam kenyataan memaklumkan laluan itu melibatkan kilometer (KM)22.7 hingga KM23.1 dan KM24.0 hingga KM24.3 (arah Timur) serta KM24.3 hingga KM24.0 dan KM23.1 hingga KM22.9 (arah Barat).

Menurut WCE pelaksanaan lencongan sementara itu bagi membolehkan kerja pembinaan Persimpangan SAE, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping - Banting) dijalankan.

"Pengguna LSA dinasihati berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik di lokasi yang berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja tersebut," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.