ad
AGENDA

Kutipan hasil RM2.571 bilion bukti kemampuan tadbir urus negeri

14 Dis 2023, 3:17 AM
Kutipan hasil RM2.571 bilion bukti kemampuan tadbir urus negeri

SHAH ALAM, 14 DIS: Kejayaan menjana kutipan hasil sebanyak RM2.571 bilion setakat awal bulan ini sekali lagi membuktikan kemampuan tadbir urus Kerajaan Negeri memajukan Selangor.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan pencapaian 128 peratus melebihi sasaran 2023 sejumlah RM2 bilion juga akan dikembalikan semula untuk manfaat rakyat.

"Insya-Allah kita akan terus membanting tulang dan mempelbagaikan usaha agar aras kejayaan ini dapat dikekalkan untuk dinikmati semua," katanya di Facebook semalam.

Pada 11 Disember, Amirudin berikrar Kerajaan Negeri akan memperkukuh keazaman untuk mentadbir dengan lebih baik demi memperhebat Selangor dan melindungi kebajikan rakyat.

Beliau berkata pembangunan ekonomi negeri juga bertambah baik apabila sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 25.5 peratus, melebihi satu perempat ekonomi Malaysia.

Jelasnya lagi, pelbagai usaha dilakukan pentadbiran negeri antaranya pembangunan projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) dalam kawasan seluas 40,000 ekar.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.