ad
AGENDA

Pusat sokongan barah bantu pesakit, penjaga depani cabaran

13 Dis 2023, 10:21 AM
Pusat sokongan barah bantu pesakit, penjaga depani cabaran
Pusat sokongan barah bantu pesakit, penjaga depani cabaran

PETALING JAYA, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor bertitah penubuhan pusat sokongan pesakit barah, Rumah KanWork membantu pesakit mendepani cabaran.

Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bertitah fasiliti yang dilengkapi pelbagai kemudahan itu memainkan peranan penting termasuk kepada kumpulan penjaga pesakit terbabit.

“Kanser merupakan penyakit kronik yang semakin meningkat dan sakit ini tidak mengenal peringkat umur.

“Mereka yang didiagnos menghidap kanser memerlukan sokongan selain menitik berat kepada penjaga kerana mereka merupakan tulang belakang dalam proses penyembuhan pesakit.

“Inilah peranan KanWork, ditubuhkan bagi menyokong mereka yang menghadapi cabaran kanser,” titah Baginda ketika melancarkan Rumah KanWork di Damansara Utama di sini hari ini.

[caption id="attachment_618601" align="alignnone" width="781"] DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan bergambar bersama ahli jawatankuasa Rumah KanWork ketika majlis perasmian pusat sokongan pesakit kanser itu di Damansara Utama, Petaling Jaya pada 13 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Tengku Permaisuri turut menzahir penghargaan kepada pewakaf dan penyumbang kepada rumah berkenaan yang prihatin membantu pesakit.

“Beta mengagumi usaha dan pencapaian KanWork selama ini dalam memberi sokongan, menyampaikan maklumat dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

“Beta berharap KanWork dapat memanfaatkan rumah ini dengan sebaik mungkin untuk turus memberi sokongan dalam proses penyembuhan pesakit kanser,” titah Baginda.

Dalam majlis berkenaan, Tengku Norashikin turut melancar buku Dari Dapur KanWork terbitan pusat terbabit, berkisar kepentingan aspek pemakanan sepanjang proses penyembuhan pesakit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.