ad
AGENDA

Algeria rawat 400 kanak-kanak Gaza cedera akibat serangan Israel

13 Dis 2023, 6:41 AM
Algeria rawat 400 kanak-kanak Gaza cedera akibat serangan Israel

TUNIS, 13 DIS: Algeria akan menerima 400 kanak-kanak Palestin yang cedera dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza untuk dirawat di hospital negara itu, lapor Sputnik memetik laporan Algeria Press Service pada Selasa, memetik sumber yang mengetahui perkara itu.

Menurut sumber kanak-kanak itu akan dirawat di hospital awam dan hospital tentera di pelbagai wilayah Algeria.

Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia di wilayah Palestin yang diduduki Richard Peeperkorn pada Selasa berkata lebih dua pertiga daripada 36 hospital dan lebih 70 peratus kemudahan penjagaan kesihatan utama di Gaza sudah tidak berfungsi.

Menurut beliau hanya 11 hospital yang masih berfungsi, termasuk 10 di selatan dan hanya satu di utara Gaza.

Lebih 18,000 orang terbunuh di Gaza sejak konflik meletus pada 7 Okt, menurut pihak berkuasa tempatan.

-BERNAMA-SPUTNIK

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.