ad
AGENDA

Perhilitan Selangor pasang perangkap buaya di Serendah

11 Dis 2023, 3:19 AM
Perhilitan Selangor pasang perangkap buaya di Serendah

SHAH ALAM, 11 DIS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesan kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang, Serendah, Hulu Selangor.

Susulan itu, Pengarah Perhilitan negeri Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata pihaknya memasang perangkap menerusi operasi sejak awal bulan ini, lapor Berita Harian.

“Kami menerima aduan awam berhubung kehadiran buaya di tasik ini yang berhampiran dengan kawasan penempatan dan popular untuk pemancing.

“Hasil pemerhatian secara langsung mengesahkan kehadiran buaya itu yang dianggarkan sepanjang lima ke enam kaki (1.5 ke 1.8 meter)," katanya.

Menurut Wan Mohd Adib, pemasangan perangkap bertujuan menjamin keselamatan awam selain bagi memindahkan buaya berkenaan ke habitat lain.

“Orang awam terutamanya pemancing diminta berwaspada semasa melakukan aktiviti. Perhilitan akan terus memantau tasik tersebut sehingga buaya itu ditangkap demi keselamatan awam," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.