ad
AGENDA

Beregu muda Hon Jian-Haikal pamer aksi konsisten, juara kali kedua dalam seminggu

10 Dis 2023, 1:25 PM
Beregu muda Hon Jian-Haikal pamer aksi konsisten, juara kali kedua dalam seminggu

KUALA LUMPUR, 10 DIS: Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri membuktikan gandingan bersama yang dibentuk empat bulan lepas kian membuahkan hasil selepas muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.

Ia merupakan kejayaan kedua berturut-turut yang diraih gandingan itu dalam tempoh seminggu selepas muncul juara Kejohanan Antarabsangsa Syed Modi juga di India pada Ahad lepas.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Sarju Sarai Indoor Sports Complex itu, Hon Jian-Muhammad Haikal, mengambil masa 39 minit untuk menjinakkan beregu Taiwan Lin Bing Wei-Su Ching Heng yang menduduki ranking 268 dunia.

Hon Jian-Muhammad Haikal bermula dengan baik selepas mendominasi permainan dengan mencatat kemenangan 21-17 pada set pertama, sebelum memuktamadkan kemenangan pada set kedua dengan 23-21, biarpun cuba diberikan saingan.

Semalam, gandingan negara itu mara ke pentas final selepas menyingkirkan rakan senegara Boon Xin Yuan-Goh V Shem 21-18, 21-17 di peringkat separuh akhir.

Ia merupakan penampilan peringkat final ketiga Hon Jian-Muhammad Haikal musim ini, selepas turut mara pada Masters Indonesia, Oktober lepas.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.