ad
AGENDA

Pemandu jengkaut warga Indonesia maut ditimpa kayu balak

10 Dis 2023, 1:38 AM
Pemandu jengkaut warga Indonesia maut ditimpa kayu balak

GUA MUSANG, 10 DIS: Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan maut selepas ditimpa batang balak di kawasan matau balak di Kuala Betis, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata Dian Hermawan, 32, yang merupakan pemandu jengkaut dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 10.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati sebatang pokok balak telah jatuh di atas jengkaut semasa Dian Hermawan sedang berehat di dalamnya yang menyebabkannya tersepit dan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah,” katanya.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.