ad
AGENSI

Hijrah tawar pembiayaan RM50,000, bantu usahawan beralih ke arah digital

9 Dis 2023, 2:00 PM
Hijrah tawar pembiayaan RM50,000, bantu usahawan beralih ke arah digital

SHAH ALAM, 9 DIS: Usahawan yang berhasrat mengubah kaedah perniagaan ke arah pendigitalan dipelawa memohon Skim Go Digital dengan pembiayaan sehingga RM50,000.

Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) memaklumkan permohonan boleh dibuat menerusi mikrokredit.selangor.gov.my atau menghubungi pegawai di cawangan Hijrah.

“Skim Go Digital diwujudkan untuk membantu usahawan mentransformasikan kaedah perniagaan ke arah pendigitalan melalui platform terkini dan moden.

“Pemasaran secara digital membantu meningkatkan keupayaan pasaran produk dan servis yang akhirnya mampu memaksimumkan keuntungan hasil jualan secara dalam talian. Layari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut,” katanya di Facebook.

Berikut antara syarat kelayakan pemohon:

  • warganegara Malaysia
  • penduduk atau pemastautin Selangor
  • mengundi di Selangor
  • berumur 18 hingga 65 tahun
  • perniagaan sudah beroperasi
  • mempunyai SSM / lesen PBT / dokumen perjanjian

Selain Go Digital, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), i-Agro, i-Lestari, dan i-Bermusim.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.