ad
AGENDA

KHSB jenamakan semula identiti korporat, tingkat keyakinan pembeli rumah

8 Dis 2023, 3:20 AM
KHSB jenamakan semula identiti korporat, tingkat keyakinan pembeli rumah
KHSB jenamakan semula identiti korporat, tingkat keyakinan pembeli rumah

SHAH ALAM, 8 DIS: Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) menjenamakan semula identiti korporatnya bagi meremajakan identiti dan memantapkan budaya korporat seiring perubahan masa.

Pelancaran termasuk logo baharu syarikat pembangunan hartanah naungan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di sini hari ini.

Amirudin dalam ucapannya berkata penjenamaan semula identiti tersebut meningkatkan keyakinan pembeli rumah terhadap reputasi KHSB selain kesinambungan pembangunan ekonomi negeri.

“Besar harapan saya agar penjenamaan semula menjadi salah satu daripada kesinambungan pembangunan ekonomi seperti direncanakan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

[caption id="attachment_617638" align="alignleft" width="395"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis pelancaran penjenamaan identiti korporat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 8 Disember 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Pada masa sama dapat menjulang nama Selangor sebagai peneraju kediaman mampu milik yang menerapkan ciri-ciri kelestarian alam sekitar demi manfaat lebih tujuh juta rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KHSB Rahana Abdullah berkata pihaknya menempuh saat sukar dan senang sepanjang 22 tahun berperanan sebagai agensi pembangunan hartanah negeri ini.

“Melangkah ke depan, KHSB bersedia menjadi pemain penting sektor pembangunan hartanah terutama perumahan mampu milik di Selangor,” katanya.

Penjenamaan identiti korporat KHSB melibatkan tujuan jenama (brand purpose) iaitu ‘Memperkasa Kehidupan dan Komuniti Berkualiti’ sejajar aspirasi dan nilai-nilai syarikat.

Ditubuh pada 21 September 2001, KHSB bertindak sebagai agensi pelaksana dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan khususnya sektor hartanah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.