ad
AGENDA

3,260 mangsa banjir Pasir Mas berlindung di sembilan PPS pagi ini

6 Dis 2023, 1:30 AM
3,260 mangsa banjir Pasir Mas berlindung di sembilan PPS pagi ini

KOTA BHARU, 6 DIS: Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal 3,260 orang daripada 989 keluarga setakat 8 pagi ini sama seperti direkodkan malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mangsa sedang berlindung di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan itu.

Di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi menempatkan 590 mangsa daripada 108 keluarga, SK Gual To’Deh (792 mangsa daripada 258 keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (153 mangsa daripada 41 keluarga) dan SMK Baroh Pial (664 mangsa daripada 240 keluarga).

Tiga lagi PPS iaitu SK Kedai Tanjong memberi perlindungan kepada 58 mangsa daripada 18 keluarga, SK Gual Periok (256 mangsa daripada 75) dan Madrasah Tasek Bakong (82 mangsa daripada 23 keluarga).

Sebanyak 320 mangsa daripada 119 keluarga sedang berlindung di Masjid Mukim Padang Licin manakala SK Sri Kiambang menempatkan 345 mangsa daripada 107 keluarga.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.