SHAH ALAM, 5 DIS: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 merupakan platform pengunjung untuk mendapatkan pelbagai jenis buku termasuk yang sukar ditemui, kata isteri Dato’ Menteri Besar.
Sehubungan itu, Datin Seri Masdiana Muhamad menyeru orang ramai khususnya ibu bapa tidak melepaskan peluang membawa anak-anak ke SIBF 2023 yang berlangsung hingga Ahad ini.
“Ada sesetengah buku yang dibawa ke program ini sukar didapati di kedai buku. Seharusnya orang ramai tidak melepaskan peluang hadir ke sini kerana banyak tawaran menarik diberikan pempamer tempatan dan luar negara.
[caption id="attachment_617212" align="aligncenter" width="774"] Isteri Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad pada sesi Tanya Apa Saja bersama beliau di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 5 Disember 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]
“Malah, bukan sekadar jualan buku sahaja tetapi banyak program disediakan seperti bual bicara, pertemuan dengan penulis dan pertandingan untuk kanak-kanak,” katanya ditemui selepas sesi Tanya Apa Saja di SIBF 2023 di sini hari ini.
Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) itu menjelaskan penganjuran SIBF 2023 juga membantu memberi pendedahan kepada penulis muda menghasilkan karya berkualiti.
“Apabila hadir ke pesta buku ini mereka berpeluang bertemu dengan ramai penulis dan penerbit dari negara luar.
“Secara tidak langsung penulis negara kita khususnya anak muda dapat keluar daripada kelompok mereka untuk bertemu penulis luar sekali gus lebih terbuka dalam penulisan dan jadikan inspirasi,” katanya.
[caption id="attachment_617213" align="aligncenter" width="802"]
Suasana Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 5 Disember 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]
Sabtu lalu, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan merasmikan SIBF 2023 di Pusat Konvensyen MBSA diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Datin Paduka Mastura Muhamad.
[caption id="attachment_617214" align="aligncenter" width="765"] Pengunjung memilih buku di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 5 Disember 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]
SIBF julung kali dianjurkan tahun lalu susulan kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.
Sejak dianjurkan pada 2006, pesta buku itu bermula di Kompleks PKNS dan kemudian bertukar ke Pusat Konvensyen MBSA yang merekod hampir lima juta pengunjung.
[caption id="attachment_617219" align="aligncenter" width="803"] Suasana pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 5 Disember 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]