ad
AGENDA

Warga emas ditahan, rokok seludup bernilai lebih RM860,000 dirampas

5 Dis 2023, 9:15 AM
Warga emas ditahan, rokok seludup bernilai lebih RM860,000 dirampas

TAWAU, 5 DIS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan lelaki warga emas dan merampas rokok seludup bernilai RM868,208 termasuk cukai di dalam stor sebuah rumah di Kampung Kubang Paya, Semporna, 24 November lalu.

Penolong Ketua Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan pada 12 tengah hari berdasarkan hasil maklumat orang awam.

“Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan 1,009,600 batang rokok pelbagai jenama dianggar bernilai RM183,520 dan cukai dianggar RM684,688. Kesemua rokok itu dipercayai dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

“Modus operandi ialah membawa masuk rokok berkenaan dari negara jiran dan menggunakan sebuah rumah dijadikan stor penyimpanan sementara sebelum dijual dan diedar ke pasaran sekitar," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes itu dan orang awam dinasihat supaya memberi kerjasama menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.